Monday, April 27, 2015

Mesyuarat Kali -1 Exco Persatuan Pengasuh Negeri Pahang

Pada 18 April 2015 yang lepas Persatuan Pengasuh Negeri Pahang telah mengadakan mesyuarat kali pertama bersama ahli-ahli exco PPNP yang telah dilantik pada Mesyuarat Agung yang lepas.

Mesyuarat telah diadakan di MS Garden Hotel,Kuantan telah dihadiri oleh semua ahli.Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Puan Zubaidah Husin selaku Presiden PPNP.

Antara perbincangan yang telah dibincangkan:

1.Membuat 'post mortem'  Hari Sambutan Pengasuh yang lepas.

2.Merancang aktiviti dan kursus-kursus yang akan dijalankan sepanjang tahun untuk kesemua ahli-ahli PPNP.

3.Pemberitahuan tentang maklumat hasil daripada mesyuarat PPNP dan JKM tentang beberapa perkara yang telah dibincangkan.

4.Lain-lain hal berkaitan dengan PPNP

Harapan Presiden PPNP kepada semua ahli-ahli agar dapat memberikan kerjasama dan menyalurkan maklumat kepada semua ahli agar semua ahli akan mendapat manfaat dengan PPNP



Kesempatan juga diambil untuk meraikan mantan PPNP Puan Salina Shamsudin dan AJK lama PPNP yang dibuat pada sebelah malamnya sebagai menghargai jasa bakti yang telah dicurahkan bersama PPNP.


Kami bersedia berkhidmat untuk semua.