Tuesday, May 26, 2015

PROGRAM TRANSFORMASI MAKLUMAT/PENGETAHUAN OLEH PPNP UNTUK PENGUSAHA TASKA ZON TIMUR DAN ZON BARAT

Program Transformasi Maklumat/Pengetahuan yang telah diadakan pada 13 hb Mei 2015 bagi zon timur dan 20 hb Mei, 2015 bagi zon barat telah dihadiri oleh 80 orang pengusaha TASKA negeri Pahang.  

Program ini telah  dijalankan secara berasingan di UTC Kuantan dan juga di Tingkat 5 Dewan Persidangan Temerloh. Program juga turut dihadiri oleh Penolong Pengarah Bahagian Kanak-kanak yang baru iaitu En Santos dan juga semua penyelaras TASKA daerah setiap negeri.

Antara penekanan maklumat dan perkongsian ilmu yang telah disampaikan oleh Pengerusi PPNP adalah tentang peningkatan kualiti di dalam perkhidmatan TASKA khususnya di Negeri Pahang. 

Pihak JKM juga telah memberi maklumat berkaitan bahagian baru di dalam organisasi JKM dimana unit Penguatkuasaan dan Undang-undang yang akan menjalankan tanggungjawab dalam memastikan semua pengoperasian TASKA di jalankan dengan mengikut AKTA Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 Pindaan 1/2007.

Pihak PPNP ingin mengambil kesempatan merakam jutaan terima kasih kepada semua pengusaha TASKA yang telah memberi komitmen di dalam program ini. Dan menjadi harapan PPNP agar berlaku anjakan paradigma dalam setiap diri pengusaha TASKA untuk meningkatkan kualiti di dalam bidang pengasuhan di TASKA.