Wednesday, June 10, 2015

HARI PENGASUH PERINGKAT KEBANGSAAN 2015

Hari Pengasuh Peringkat Kebangsaan 2015 telah diadakan pada 6 hb Jun hingga 7 hb Jun (Sabtu- Ahad). Program telah diadakan di Institut Perindustrian Kuala Lumpur (ILP) yang terletak di Jalan Kuchai Lama,Kuala Lumpur. Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia telah menjadi tuan rumah bagi program tersebut.

Perasmian telah disempurnakan oleh Encik Arfan Bin Sulaiman Pengarah Bahagian Kanak-kanak JKM Malaysia bagi mewakili YB Senator Datin Paduka Chew Mei Fun iaitu Timbalan Menteri KPWKM yang tidak dapat hadir atas sebab tugas di Kementerian. Walaubagaimana pun teks YB Menteri telah disampaikan oleh En Arfan bin Sulaiman pada petang 5 hb Jun, 2015. 

Dengan tema   'PENGASUH CERGAS KANAK-KANAK CERDAS' , sayugialah pelbagai acara sukan dipertandingkan sepanjang program ini. Antara acara sukan yang dipertandingkan adalah bola jaring, congkak, futsal dan `cheerleader'. 

Program yang dianjurkan mempunyai objektif yang tertentu dimana dengan adanya program sebegini dapat melahirkan satu kerja berpasukan yang sangat bagus. Sepertimana yang kita tahu bahawa semangat berpasukan bukan sahaja diperlukan dimedan sukan, malah di dalam pengendalian sebuah TASKA juga kerja berpasukan amat dititikberatkan. Disamping itu juga dengan adanya acara-acara sukan akan melahirkan pengasuh yang sentiasa sihat bertepatan dengan tema yang diberikan.







Persatuan-persatuan TASKA yang mengambil bahagian sempena Sambutan Hari Pengasuh Peringkat Kebangsaan 2015 adalah seperti berikuit:

1. Persatuan Pengasuh Negeri Pahang
2. Persatuan  Taska dan Tadika Pulau Pinang
3. Persatuan Taska Perak
4. Persatuan Pengusaha dan Pengasuh Taska Berdaftar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
5. Persatuan Taska Negeri Sembilan
6. Persatuan Pengasuh Negeri Terengganu
7. Persatuan Perkhidmatan Taska Sabah
8. Persatuan Pengusaha Taska Johor
9. Persatuan Pengasuh Kanak-Kanak Berdaftar Sarawak







 










Keputusan Muktamad Pertandingan:

CONGKAK  
1.Perak
2.Sarawak
3.Pahang

 FUTSAL  
1.Sabah
2.Johor
3.Terengganu

 BOLA JARING     
1.Pahang
2.Wilayah Persekutuan
3.Negeri Sembilan   

KUMPULAN SORAK    
1.Sabah
2.Perak
3.Pahang

PEMAIN TERBAIK                                      1.Bola Jaring - Pahang                              2.Futsal - Sabah
                                 
KONTIJEN TERBAIK
1.Terengganu
2.Pahang
3.Perak

KUMPULAN PALING SPORTING - PERAK

JUARA KESELURUHAN
Sabah







Hadiah-hadiah kemenangan telah disampaikan  pada majlis  penutup Sambutan Hari Pengasuh Peringkat Kebangsaan 2015 pada 7 hb Jun oleh Pengarah Bahagian Kanak-kanak JKMM En Arfan Sulaiman. Majlis juga telah diakhiri dengan penyerahan bendera program kepada Persatuan Pengasuh Negeri Pahang yang mana bakal menjadi tuan rumah pada tahun 2016.

Harapan PPNP kepada semua ahli , marilah sama-sama kita bergabung tenaga menjaga imej diri, TASKA dan juga PPNP melalui pelbagai aktiviti samada diperingkat negeri dan juga kebangsaan.

TAHNIAH kepada kontijen PPNP.