Wednesday, June 10, 2015

MESYUARAT GABUNGAN PPNP BERSAMA PERSATUAN GURU TADIKA PAHANG


Satu mesyuarat khas telah diadakan pada 9 hb Jun, 2015 di De Rhu Beach Resort. Buat julung kalinya mesyuarat gabungan antara Persatuan Pengasuh Negeri Pahang bersama Persatuan Guru TADIKA Pahang bagi menganjurkan program Sambutan Hari Kanak-kanak Peringkat Negeri Pahang.

Tema sambutan pada kali ini adalah `Persekitaran Sihat Kanak-kanak Ceria'. Tema yang dipilih adalah berdasarkan pada kepentingan mewujudkan persekitaran yang sihat. Sepertimana kita semua maklum, kanak-kanak sentiasa terdedah kepada persekitaran samada di rumah, di TASKA atau TADIKA atau dimana-mana sahaja mereka berada.

Perbincangan adalah bersekitar kepada perancangan aktiviti untuk kanak-kanak semasa hari sambutan tersebut. Antara yang telah dipersetujui adalah pertandingan bayi paling kreatif, pertandingan `cheerleader', sukanaeka, `creatif booth', `science booth', `drawing batik booth', `explorace' dan `cooking booth'  yang dirancang khas untuk kanak-kanak TADIKA.

Objektif program sambutan adalah untuk meningkatkan kemahiran sosial kanak-kanak TASKA dan TADIKA bergaul dengan TASKA dan TADIKA lain seluruh Pahang. Disamping dapat meningkatkan kemahiran kanak-kanak melalui aktiviti yang menyeronokkan dan bermakna kepada kanak-kanak. 

Mesyuarat telah bersetuju untuk mengadakan Sambutan Hari Kanak-kanak Peringkat Negeri Pahang seperti berikut:

Tarikh : 8 hb Ogos, 2015

Tempat : De Rhu Beach Resort, Kuantan

Masa : 8 pagi - 5 petang

Bayaran : RM60 seorang kanak-kanak (termasuk semua)

                RM40 seorang dewasa 


Kepada pengusaha TASKA atau TADIKA yang berminat bagi memberi peluang kanak-kanak mencungkil kemahiran mereka, boleh mendaftar dengan menghubungi 

Puan Zubaidah Husin - 013-9390748
Puan Hasnah : 013-9550383
Puan Julia : 019-2754575 (Zon Barat)
Ms Lee : 012-9872217

Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 15 hb Julai, 2015

PERSEKITARAN SIHAT, KANAK-KANAK CERIA






Semoga segala perancangan yang akan dijalankan dapat dilaksanakan dengan lancar oleh pihak PPNP dan PGTP.PPNP menyeru kepada semuaTASKA dan TADIKA diseluruh Pahang dapat memberikan sepenuh sokongan kepada program yang akan dijalankan.