Sunday, November 29, 2015

KTP KINDY GET-TOGETHER PROGRAMME BERSAMA PPNP DAN UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG (UMP)

Untuk julung kalinya KNOWLEDGE TRANSFER PROGRAMME COMMUNICATION ENGLISH AND EFFECTIVE STORY TELLING TECHNIQUES FOR PRESCHOOL EDUCATORS atau dikenali sebagai KTP-KINDY GET-TOGETHER PROGRAMME iaitu satu program untuk pengusaha taska memperkenalkan penggunaan Bahasa Inggeris kepada kanak-kanak di peringkat awal lagi.

Program ini adalah kerjasama bersama PPNP dan UMP bagi menambahkan dan memperbaiki ilmu berbahasa Inggeris di kalangan pengusaha dan pengasuh taska untuk dipraktikkan kepada kanak-kanak taska.

Pendaftaran para peserta atau kini digelar pelajar telah dihadiri seramai 30 orang yang terpilih bertempat di Dewan Tun Teja,Universiti Malaysia Pahang (UMP).Atucara program telah dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Dr.Noor Raha Mohd Radzuan,PBMSK,UMP dan memberikan sedikit taklimat berkenaan dengan program yang pertama kalinya diadakan bersama PPNP.Diikuti ucapan dari Presiden Persatuan Pengasuh Negeri Pahang Pn.Zubaidah Husin.

Seterusnya ceramah kerohanian,ceramah motivasi "sorak ketawa" oleh Pn.Haslinda dan berakhir dengan aktiviti dan bengkel untuk semua peserta.

Mentor program ini adalah Professor Emeritus Dato' Aminah Ayob Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Antara tenaga pengajar yang terlibat di dalam program ini ialah:

1. Pn. Ezihaslinda Ngah,PBMSK,UMP
2. Dr. Fatimah Ali,PBMSK,UMP
3. Pn.Haslinda @ Robita Hashim,PBMSK,UMP
4. Pn. Noor Azlinda Zainal Abidin,PBMSK,UMP
5. Dr Noor Raha Mohd Radzuan,PBMSK,UMP
6  Pn Siti Airin Ghani,FIM,UMP
7 .Pn. Wan Jumani Fauzi,PBMSK,UMP

Kelas akan diadakan selama 6 kali iaitu sekali dalam sebulan pada hari Jumaat,Sabtu dan Ahad.Semoga program ini akan berjaya dan berjalan dengan lancar mengikut jadual yang telah ditetapkan.


Pelajar bergambar bersama-sama dengan tenaga-tenaga pengajar KTP-KINDY GET-TOGETHER PROGRAMME.




Diharap program ini akan lebih meningkatkan kualiti pengasuhan yang terbaik dikalangan semua pengasuh di Negeri Pahang ini.

CHILD PASSENGER SAFETY BERSAMA PPNP DAN PPBM

Bertempat di Bangunan Persekutuan Temerloh pada 19 dan 20 haribulan November (Khamis dan Jumaat) telah berlangsung kursus Child Passenger Safety.

Seramai lebih 20 orang peserta telah menyertai kursus yang dianjurkan oleh PPBM dengan kerjasama PPNP.Tujuan kursus ini diadakan bagi memberikan kesedaran kepada ibubapa tentang keselamatan kanak-kanak ketika berada di dalam kenderaan.Pengusaha taska yang terlibat dalam kursus ini akan memberikan penerangan yang lebih lanjut kepada setiap ibubapa mengenai pentingnya menjaga keselamatan kanak-kanak dengan menyediakan 'car seat' di dalam kereta mereka.

Mereka juga diberi penerangan tentang penggunaan yang betul 'car seat' untuk kanak-kanak di dalam kereta.Memang sangat penting bagi setiap ibubapa mengetahui keselamatan kanak-kanak agar dapat mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Semoga dengan berakhirnya kursus ini sedikit sebanyak pengusaha dan mereka yang terlibat akan lebih faham dan seterusnya dapat memberikan penerangan yang tepat kepada setiap ibubapa di taska masing-masing.


Bergambar kenangan selepas kursus

Thursday, November 12, 2015

CHILD PASSENGER SAFETY CAMPAIGN 2015 (19 & 20 NOVEMBER 2015) TEMERLOH PAHANG


Jom sertai kursus  'CHILD PASSENGER SAFETY CAMPAIGN 2015.Kursus Keselamatan kanak-kanak ini dianjurkan oleh PPNP dengan kerjasama PPBM.


Tujuan kursus ini adalah untuk memberi kesedaran kepada ibubapa tentang kepentingan keselamatan bayi dan kanak-kanak semasa berada di dalam kereta.Antara perkara yang akan dititik beratkan adalah bagaimana menggunakan 'car seat' untuk bayi dan kanak-kanak dengan cara yang betul.

Setiap pengusaha taska sangat digalakkan hadir kursus ini bagi memudahkan mereka untuk memberi penerangan kepada setiap ibubapa di taska masing-masing tentang keselamatan bayi dan kanak-kanak sewaktu berada di dalam kereta.


TAJUK: CHILD PASSENGER SAFETY CAMPAIGN 2015

TARIKH: 19 DAN 20 NOVEMBER 2015 (KHAMIS DAN JUMAAT)

MASA: 9 PAGI - 5 PETANG

TEMPAT: BILIK PERSIDANGAN,TINGKAT 5,BANGUNAN PERSEKUTUAN TEMERLOH JALAN MERDEKA,28000,TEMERLOH,PAHANG






Jika anda berminat dan pentingkan keselamatan kanak-kanak bolehlah datang dengan menghubungi:

Pn Zubaidah :013-9390748

Bayaran :
 RM100 (Ahli)
RM150 (Bukan Ahli)

Jumpa anda di sana!